fb fb fb fb fb

Kevin De Bruyne dinobatkan pemain terbaik Liga Perdana musim ini

ANKARA, 22 Mei- Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne dinobatkan Pemain Terbaik Liga Perdana Sukan EA 2021/22, lapor Agensi Anadolu.

Pemain tengah itu, menewaskan tujuh calon lain: Trent Alexander-Arnold, Jarrod Bowen, Joao Cancelo, Bukayo Saka, Mohamed Salah, Son Heung-min dan James Ward-Prowse, menjaringkan 15 gol dalam 29 penampilan pada musim ini.

Ini merupakan anugerah kedua diterima pemain Belgium itu yang diundi oleh 20 kapten kelab dan panel pakar bola sepak.

(Kevin De Bruyne dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik EPL musim ini)

Thierry Henry, Cristiano Ronaldo dan Nemanja Vidic antara tiga pemain lain yang memenangi anugerah itu lebih daripada sekali dalam sejarah Liga Perdana itu.

Pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan pasukan Jerman Wolfsburg untuk menyertai Sky Blues pada 2015.

Media Baharu