NEW YORK, 5 Februari- Pemain Paling Bernilai NBA Joel Embiid akan menjalani pembedahan pada lutut kirinya serta kemungkinan besar terpaksa direhatkan dalam satu tempoh yang panjang.
Portal The Athletic dan ESPN, melaporkan pemain bintang Philadelphia 76ers itu akan menjalani pembedahan untuk membaiki meniskus yang terkoyak di lutut kirinya.
Pembedahan tersebut dijangka dijalankan pada minggu ini sekali gus menimbulkan persoalan berapa lamakah dia akan terlepas aksi bersama pasukan?.
Embiid, mengalami kecederaan pada Selasa lalu ketika ketika aksi bertemu Golden State Warriors apabila pemain lawan, Jonathan Kuminga terjatuh atas kaki kiri Embiid ketika pergelutan merebut bola.
Embiid, terdahulu telah terlepas dua perlawanan sebelumnya dengan sakit di lutut yang sama.-AFP