fb fb fb fb fb

JDT bukan kelab persaraan pemain ternama dunia

JOHOR BAHRU, 21 September- Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjadikan kelab itu sebagai tempat persaraan pemain ternama dunia.

Baginda juga menyangkal khabar angin kononnya mahu membawa masuk bekas bintang Real Madrid dan Arsenal, Mesut Ozil ke kelab itu.

Ia bagi memastikan JDT tidak mengulangi tindakan membayar pampasan terlalu tinggi, seperti yang pernah dilakukan sebelum ini selepas melepaskan beberapa pemain import.

Namun, Tunku Ismail tidak menolak jika Papu Gomez menyatakan minatnya menyertai juara Liga Super lapan kali itu musim akan datang, andai harganya munasabah.

Tunku Ismail hanya mahukan pemain-pemain yang boleh memberi komitmen tinggi serta menghasilkan impak dan kejayaan kepada JDT, bukan sekadar populariti.

Titahnya, setakat ini hanya Luciano Figueroa dari Argentina yang berjaya memberi komitmen dan karakter diimpikan JDT.

"Malaysia bukan satu destinasi untuk pemain besar kalau nak pergi Jepun, Korea, Arab Saudi jadi kalau nak datang Malaysia untuk dapat duit banyak gaji pencen tapi tak beri 100%, membazir," titah Tunku Ismail ketika sesi soal jawab bersama peminat JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di sini.

(Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika sesi soal jawab bersama peminat JDT di Stadium
Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri)

Media Baharu