fb fb fb fb fb

IRONMAN 70.3: Shahrom Abdullah tebus kekecewaan tahun lalu

Shahrom Abdullah

JOHOR BAHRU, 19 Mei - Atlet berpengalaman, Shahrom Abdullah mengubat luka tahun lalu apabila berjaya mencatat keputusan positif pada saingan IRONMAN 70.3 di Desaru, di sini.

Terhalang akibat masalah kesihatan tahun lalu, Shahrom, 45 tahun tidak dapat menyertai IRONMAN 2023.

Namun dia berjaya menebusnya dengan menduduki tangga ke-14 keseluruhan.

"Ikutkan rekod sebelum ini, masa itu belum dapat dicapai lagi lah sebab dari segi latihan, sekarang ini agak terbatas. Saingan dari tahun ke tahun itu lebih menarik lah sebab peserta-peserta dari luar negara itu memberi persaingan yang sengit, itu yang menariknya," kata Shahrom.

Anak jati Kelantan itu memulakan disiplin pertama iaitu renang sejauh 1.9 kilometer (km) dengan catatan 39 minit.

Disiplin kedua pula menyaksikan Shahrom memulakan saingan berbasikal di kedudukan ke-10, mengharungi laluan sejauh 90 km.

Shahrom menamatkan kayuhan dalam tempoh 2 Jam 24 minit sebelum memulakan disiplin ketiga iaitu larian 21.1km.

Berlangsung dalam cuaca panas dan hujan, Shahrom berjaya menghabiskan larian dalam masa 1 Jam 47 Minit.

Atlet dari China, Junyu Chao menjadi peserta pertama melepasi garisan penamat, diikuti Adrien Boi-treaud dari Perancis kedua manalaka atlet singapura, Bryce Chong, ketiga.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN