(Erling Haaland meraikan golnya ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Copenhagen / AFP)
PARIS, 6 Oktober- Erling Haaland meneruskan aksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol ketika Manchester City membelasah FC Copenhagen 5-0 dalam Liga Juara-Juara pada Rabu.
Haaland menyertai City menentang Copenhagen di Stadium Etihad setelah menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana yang menjaringkan tiga hatrik di tempat sendiri berturut-turut ketika berdepan Manchester United, pada Ahad.
Pemain Norway itu menjaringkan gol pembukaan seawal minit ketujuh diikuti jaringan kedua 25 minit kemudian.
Pemain berusia 22 tahun itu kini telah menjaringkan 28 gol dalam 22 penampilan Liga Juara-Juara, sekali gus memecahkan rekod Ruud van Nistelrooy untuk gol terbanyak dalam 30 perlawanan pertama pemain dalam kejohanan itu.
“Saya tidak pernah menyaksikan perkara seperti itu dalam hidup saya,” kata Jack Grealish dari City kepada BT Sport.
“Untuk gol pertama dan kedua saya hanya ketawa. Dia sentiasa ada.
"'Penjaga gol itu berkata sesuatu kepada saya semasa saya berjalan kembali. Dia berkata 'Dia bukan manusia!' Saya berkata 'Anda memberitahu saya?' Semoga dia dapat meneruskan prestasi ini dan membawa kita ke kegemilangan."
Copenhagen kemudiannya meningkatkan serangan namun sebaliknya yang berlaku apabila Davit Khocholava tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke 39.
Haaland kemudiannya direhatkan selepas rehat, namun City tetap semakin bersemangat dengan menambah dua lagi jaringan masing-masing menerusi penalti Riyad Mahrez dan jaringan pelengkap kemenangan oleh Julian Alvarez .
Anak buah Pep Guardiola kekal tiga mata di depan pasukan di tempat kedua Borussia Dortmund dalam Kumpulan G dan akan layak ke fasa kalah mati dengan kemenangan di ibu negara Denmark minggu depan.
Sementara itu, Jude Bellingham menjaringkan gol buat kali ketiganya dalam aksi Liga Juara-Juara ketika Dortmund menang 4-1 di Sevilla.
Manakala Juara bertahan, Real Madrid pula menang tipis 2-1 ketika berdepan wakil Ukraine Shaktar Donetsk di Santiago Bernabeu sekaligus meluaskan kelebihan mereka dalam kumpulan F.
Di Lisbon, Lionel Messi menjaringkan satu gol namun berjaya diikat Paris Saint-Germain gara-gara jaringan sendiri Danilo Pereira di penghujung babak pertama.
Chelsea pula menewaskan AC Milan untuk menghidupkan semula harapan mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir. -AFP
(Erling Haaland meraikan golnya ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Copenhagen / AFP)