JEDDAH, 10 Mac - Juara dunia tiga kali, Max Verstappen mengukuhkan dominasinya musim ini selepas menjuarai Grand Prix Formula Satu Arab Saudi.
Lebih manis, rakan sepasukannya, Sergio Perez turut menaiki podium memberikan kemenangan 1,2 buat Red Bull.
Max mendominasi perlumbaan dengan kelebihan 13.643 saat di hadapan Perez, di tempat kedua walaupun mengambil penalti lima saat susulan pelepasan yang tidak selamat daripada pit-stop.
Pelumba Ferrari, Charles Leclerc ketinggalan 18.6 saat dihadapan duo Red Bull itu manakala rakan sepasukannya, Oliver Bearman menduduki tempat ke tujuh pada penampilan sulungnya.
Bearman, 18 tahun menjadi pemandu Ferrari termuda dan ketiga termuda dalam sejarah Formula Satu meraih mata pada perlumbaan pertamanya.
Oscar Piastri menduduki tempat keempat untuk McLaren di hadapan Fernando Alonso dari Aston Martin, George Russell dari Mercedes.
Dua lagi warga Britain Lando Norris dan juara tujuh kali Lewis Hamilton menduduki tempat kelapan dan kesembilan untuk McLaren dan Mercedes.