fb fb fb fb fb

Colombia mara ke suku akhir Piala Dunia Wanita

(FOTO AFP)

MELBOURNE, 8 Ogos- Colombia mencipta sejarah apabila buat pertama kali mara ke suku akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia Wanita selepas menewaskan Jamaica 1-0 di sini.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan ketua pasukan, Catalina Usme pada minit ke-51 menerusi sepakan lencong yang menembusi sudut bawah gawang lawan.

Ia kali pertama gawang Jamaica dibolosi dalam kejohanan ini.

Colombia seterusnya akan menentang juara Eropah, England di Sydney pada hari Sabtu untuk merebut tempat ke separuh akhir. -AFP

(Colombia mara ke suku akhir Piala Dunia Wanita/AFP)

Media Baharu