MADRID, 26 Januari- Penyerang Manchester United, Anthony Martial akhirnya sah menyertai Sevilla secara pinjaman sepanjang baki musim ini.
Perkara itu diumumkan kelab La Liga berkenaan pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, Sevilla (SEVIY-YA) menjelaskan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan United mengenai perpindahan Martial ke kelab mereka secara pinjaman sehingga hujung musim ini.
Martial sebelum ini secara terbuka mendedahkan hasratnya untuk berhijrah dari Old Trafford selepas gagal mendapat tempat dalam skuad utama United.
Pemain berusia 26 tahun dari Perancis itu hanya beraksi dua perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan penampilan terakhirnya ialah sebagai pemain gantian ketika The Red Devils menang 1-0 ke atas West Ham, Sabtu lepas.
Ketika ini Sevilla berada di tangga kedua La Liga, 4 mata di belakang pendahulu Real Madrid. -AFP