fb fb fb fb fb

AC Milan pecat ketua jurulatih

Pengumuman berkenaan pemecatan itu dimaklumkan dalam satu kenyataan ringkas di laman web AC Milan.-Foto AFP

MILAN, 30 Mei - AC Milan pecat ketua jurulatih Sergio Conceicao selepas pasukan itu sekadar menamatkan saingan Serie A musim ini di kedudukan kelapan.

Pengumuman berkenaan dimaklumkan dalam laman web AC Milan.

"AC Milan dan Sergio Conceicao tidak akan meneruskan perjalanan mereka bersama musim depan. Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Sergio dan kakitangannya atas komitmen, profesionalisme dan dedikasi mereka yang ditunjukkan semasa mereka memimpin pasukan utama sejak beberapa bulan lalu," katanya kenyataan tersebut.

Jurulatih kelahiran Portugal itu dibawa masuk ke San Siro sejak Disember tahun lalu.

Conceica sebelum ini pernah mengemudi kelab Porto selama lapan tahun- AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN