fb fb fb fb fb

28 atlet profesional bakal bersaing di Kejohanan Asia Pasifik Ironman 70.3

(FOTO FB IRONMANAsia)

LANGKAWI, 6 Oktober-Seramai 28 atlet profesional akan bersaing dalam Kejohanan Asia Pasifik Ironman 70.3, yang akan berlangsung di sini pada Sabtu bagi merebut slot kelayakan Kejohanan Dunia di Taupo, New Zealand tahun hadapan.

Pengarah Serantau Asia Ironman Group, CG Lim berkata penganjuran kejohanan kali pertama di Malaysia itu, akan menawarkan enam slot kelayakan Kejohanan Dunia kepada tiga atlet profesional lelaki dan tiga atlet profesional wanita.


"Sebenarnya kita telah cuba untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Asia Pasifik Ironman 70.3 ini pada tahun 2020, namun terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19.

"Tetapi apabila ia dapat dilaksanakan tahun ini, ia bakal menjadikan Ironman dan Pulau Langkawi, lebih dikenali selepas ini", katanya yang ditemui selepas sidang media dan sesi pengenalan atlet professional Ironman di Kuah di sini pada Khamis.

Menurut Lim , seramai 19 atlet profesional lelaki dan sembilan atlet profesional wanita akan bersaing pada kejohanan berkenaan.


Para peserta akan berentap bersama beberapa atlet triatlon terkemuka bagi merebut hadiah wang tunai AS$75,000 atau RM350,000 membabitkan disiplin renang sejauh 1.9 kilometer, berbasikal 90 kilometer dan larian sejauh 21.1 kilometer.




(FOTO FB KucingGemokRunners)

Media Baharu