fb fb fb fb fb

24 pasukan berentap dalam Kejohanan Piala Cheetah 2023

Kejohanan Piala Cheetah 2023 bermula 9 Disember ini.

IPOH, 4 Disember- Sebanyak 24 pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Piala Cheetah 2023 bermula 9 Disember ini.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, kejohanan tersebut bagi mencari bakat baru untuk pasukan Perak FC III Bawah 20 tahun dan skuad Piala Belia 18 tahun musim 2024-2025.

Jelasnya kejohanan itu akan melibatkan tiga zon seluruh negeri Perak iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan dan proses pembangunan ini akan mengambil masa.

"Kerana kekangan kewangan sebagainya. Itu sebab kita nak kerajaan negeri membantu melalui agensi-agensi mereka. Kita amat bersyukur bahawa SADC telah masuk untuk taja sebahagian daripada kos ini termasuk juga untuk DTC (pusat latihan) punya pembangunan dengan Jabatan Pendidikan Negeri," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika Sidang Media Pelancaran Piala Cheetah 2023 di Stadium Perak yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin.

Pasukan juara bakal membawa hadiah RM 10,000 manakala naib juara sebanyak RM 6,000 dan ia merupakan nilai tertinggi dalam peringkat tersebut.

ZEHRA BINTI ZAMBRI