
JAKARTA, 22 Januari – Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke saingan suku akhir selepas menewaskan pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai pada pusingan kedua Masters Indonesia 2026 di Jakarta.
- Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir Masters Indonesia selepas menewaskan pasangan Thailand dalam dua set.
- Keputusan itu dicapai dalam 35 minit di Istora Senayan dengan keputusan 21-12, 21-18.
- Beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn-Tan Wee Kiong tumpas selepas menang set pertama, akhirnya tewas dalam tiga set.
Juara dunia itu mengekalkan prestasi mantap dan menoktahkan kemenangan 21-12, 21-18 dalam tempoh 35 minit di Istora Senayan.
Menanti gandingan ranking keempat dunia itu di suku akhir ialah pasangan Indonesia, Hee Yong Kai Terry-Gloria Emanuelle Widjaja.
Bagaimanapun, keputusan positif tidak berpihak kepada beregu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, yang tewas kepada pilihan kelima kejohanan dari Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Mohd Azriyn-Wee Kiong membuka perlawanan dengan menang 21-19 set pertama, sebelum tewas 16-21 dan 17-21. -BERNAMA