AS labur ratusan juta dolar tingkat keselamatan atasi risiko serangan dron

Foto Reuters

NEW YORK, 13 Januari – Amerika Syarikat (AS) melabur sekitar $115 juta bagi mempertingkatkan keselamatan dari ancaman dron sempena Piala Dunia FIFA 2026 dan sambutan Ulang Tahun ke-250 negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • AS melabur sekitar $115 juta untuk tingkat keselamatan terhadap ancaman dron sempena Piala Dunia 2026 dan ulang tahun negara.
  • Kebimbangan meningkat selepas penggunaan dron berbahaya dalam konflik, menimbulkan risiko besar kepada orang awam dan infrastruktur.
  • DHS umum era baru mempertahankan ruang udara, sempadan dan keselamatan domestik tanpa mendedahkan teknologi spesifik.
  • Syarikat pertahanan membangunkan pengesanan, laser, gelombang mikro dan sistem mesingan autonomi untuk kawal dan atasi dron.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), lebih sejuta pengunjung akan melawat AS pada kejohanan tersebut, susulan itu keselamatan mereka menjadi keutamaan Presiden Donald Trump.

Kebimbangan terhadap ancaman serangan dron semakin meningkatkan ketika ini, terutama apabila teknologi itu terbukti mampu mendatangkan kemusnahan besar dan membawa maut dalam perang di Ukraine.

Insiden terbaharu melibatkan dron turut meningkatkan kebimbangan keselamatan terutama di lapangan terbang Eropah dan AS.

Setiausaha DHS, Kristi Noem dalam satu kenyataan berkata, Washington kini memasuki era baharu untuk mempertahankan keselamatan ruang udara, sempadan dan dalam AS.

Syarikat pertahanan juga sedang membangunkan pelbagai teknologi yang bertujuan mengawal dan mengatasi keupayaan dron, termasuk perisian pengesanan, laser, gelombang mikro dan mesingan autonomi.

DHS bagaimanapun tidak menyatakan jenis teknologi yang akan digunakan ketika Piala Dunia berlangsung kelak. .

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan, yang berada di bawah DHS memberikan $250 juta kepada 11 negeri yang menganjurkan perlawanan Piala Dunia untuk membeli teknologi bagi mengawal dan mengatasi dron.-REUTERS