
TEHRAN, 27 Januari – Iran memberi amaran akan berlaku akibat yang mengerikan sekiranya Kor Pengawal Revolusi Islam negara itu disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah (EU).
- Tehran beri amaran akan akibat mengerikan jika Kor Pengawal Revolusi disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh EU.
- Amaran itu susulan cadangan Antonio Tajani pada mesyuarat menteri luar EU di Brussels.
- Iran memanggil duta Itali dan mengutuk kenyataan Tajani sebagai tidak bertanggungjawab, gesa Rom pertimbangkan semula pendirian.
- Keadaan tegang di Iran diserlahkan oleh protes besar dan kebimbangan ancaman serangan dari Washington.
Amaran itu dinyatakan selepas diplomat tertinggi Rom Antonio Tajani pada Isnin mencadangkan idea itu pada mesyuarat menteri luar EU di Brussels akhir minggu ini.
Susulan itu, Tehran dilapor telah memanggil duta Itali ke republik berkenaan, Paolo Amadei dan mengutuk kenyataan Tajani sebagai tidak bertanggungjawab.
Kementerian Luar Tehran pada masa sama menggesa Rom untuk mempertimbangkan semula pendirian mereka terhadap Iran.
Ketika ini, Iran sedang dilanda protes susulan kos sara hidup rakyat yang membebankan susulan sekatan oleh Amerika Syarikat.
Negara berkenaan juga kini dalam keadaan bersiap siaga menghadapi ancaman serangan oleh Washington yang kononnya perlu dilakukan untuk menyelamatkan rakyat Iran.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 3,117 orang terbunuh dalam protes berkenaan,namun pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa mendakwa angka kematian yang lebih tinggi.