Robot humanoid pamer pelbagai kemahiran di CES Las Vegas

Robot AgiBot menari mengikut irama muzik pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas/ REUTERS

LAS VEGAS, 7 Januari – Robot humanoid menarik perhatian pengunjung pada hari pertama Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, Nevada dengan pelbagai demonstrasi inovatif yang menunjukkan kemampuan robot masa depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Robot humanoid mempamerkan kebolehan seperti menari, mengambil barangan, menyusun rak dan membantu penjagaan kesihatan.
  • Pengunjung melihat potensi manfaat rumah dan pekerjaan, namun risau kemungkinan kehilangan pekerjaan awal.
  • CES kekal platform utama memperkenalkan robotik humanoid yang semakin canggih dan berpotensi mengubah interaksi manusia.

Antara yang dipamerkan termasuk robot humanoid yang boleh menari, mengambil barangan di kedai, menyusun rak serta membantu dalam penjagaan kesihatan.

“Saya rasa ini hebat. Saya ingin memilikinya di rumah untuk mengemas dan menyiapkan katil,” kata pengunjung CES, Megan Wendling.

Kemajuan teknologi robot menimbulkan perbincangan mengenai peranannya dalam kehidupan seharian dan pasaran pekerjaan.

“Ini akan memberi manfaat besar kepada dunia, tetapi mungkin mencetuskan sedikit kehilangan pekerjaan pada awalnya. Pada masa sama, ia akan membuka banyak peluang pekerjaan secara global,” kata pengunjung lain, Sarthak Tiwary.

Namun begitu tidak semua pengunjung kagum dengan pameran itu, ada yang berpendapat tiada lonjakan teknologi besar yang dapat dilihat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

CES tetap menjadi platform utama bagi syarikat teknologi memperkenalkan robotik humanoid yang semakin canggih dan berpotensi mengubah cara manusia bekerja dan berinteraksi dengan peranti di masa depan. -REUTERS