fb fb fb fb fb

Tahniah Mohd Johari - MB Pahang

(MB Pahang raikan kemenangan Mohd Johari/BERNAMA)

ROMPIN, 7 Disember- Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Johari Hussain kerana memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini sekali gus berjaya mengekalkan kedudukan Mohd Johari sebagai penyandang bagi kerusi itu.

"Syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Johari. Saya yakin beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di Tioman," kata Wan Rosdy di sini.

Dalam pada itu, Mohd Johari turut merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera parti yang bekerja keras bagi memastikan kemenangannya dalam PRU15.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang dan pucuk pimpinan parti di peringkat pusat dan negeri.

"Kemenangan ini adalah kemenangan bersama melibatkan kerjasama di semua peringkat negeri Pahang," katanya di sini.

PRU15 DUN Tioman diadakan lewat susulan kematian calon PN, Allahyarham Md Yunus Ramli yang meninggal dunia 19 November.

1
(Wan Rosdy Wan Ismail/BERNAMA)

Media Baharu