fb fb fb fb fb

Proses pengundian lancar, tiada insiden buruk dilaporkan

PUTRAJAYA, 7 Disember- Proses pengundian Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang berjalan lancar.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali yang juga Pegarah Op Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PDRM memaklumkan tiada sebarang insiden buruk dilapor berlaku.

"Semuanya tiada masalah, kita ada pasukan sokongan yang cukup. Tiada masalh di kedua-dua tempat.

"Jadi semuanya berjalan lancar. Rakyat semakin matang dan berdisiplin tiada laporan dibuat dan sebagainya, katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir oleh 7-Eleven Malaysia kepada PDRM di sini, hari ini.

PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.

(Datuk Seri Hazani Ghazali)

Media Baharu