fb fb fb fb fb

PRK KKB: Tentera, pasangan teruja undi awal

Tinjauan RTM mendapati 238 pemilih berdaftar di pusat pengundian itu terdiri daripada anggota tentera dan pasangan.

KUALA KUBU BAHARU, 7 Mei- Suasana pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Rejimen Semboyan Divisyen 4 Infantri berlangsung dengan lancar.

Anggota tentera dan pasangan teruja untuk menunaikan tugas demokrasi mereka di Dewan Temuan, KKB.

Tinjauan RTM mendapati 238 pemilih berdaftar di pusat pengundian itu terdiri daripada anggota tentera dan pasangan.

Daripada jumlah berkenaan, 83 daripadanya selesai mengundi secara pos.

Manakala, 155 pemilih lagi akan mengundi di dewan berkenaan.

PRK KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Kerajaan Perpaduan diwakili, calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM