fb fb fb fb fb

Jambatan baharu Nenggiri bakal tingkatkan sosioekonomi penduduk setempat

Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Seri Ahmad Maslan meninjau lokasi projek Jambatan Batu 6, Nenggiri di Gua Musang/Foto RTM

GUA MUSANG, 12 Ogos-Jambatan baharu Batu 6 Nenggiri Gua Musang yang dijangka siap Ogos 2026 bakal meningkatkan keselamatan dan sosio ekonomi kira-kira 200 penduduk di kawasan itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek bernilai RM9.3 juta tersebut bakal menggantikan jambatan sedia ada yang seringkali ditenggelami banjir.

"Apa yang menariknya jambatan lama kota tidak akan robohkan.

"Jambatan lama kita boleh lihat dia berada di bawah paras air bila-bila dia boleh tenggelam dan tak boleh digunakan sekiranya hujan lebat. Tetapi kalau tiada hujan dia boleh digunakan untuk kenderaan kecil.Kita akan bina jambatan yang lebih tinggi yang tidak akan ditenggelami air bila banjir", katanya demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja meninjau lokasi projek Jambatan Batu 6, Nenggiri di sini.

Hadir sama, Pengarah JKR Kelantan Ir Mohd Suhaili Ismail.

Jelas Datuk Seri Ahmad Maslan, pembinaan jambatan baharu ini amat penting dalam meningkatkantaraf sosio ekonomi penduduk, memudahkan pengeluaran hasil pertanian ke pusat-pusat pemasaran dan perniagaan.

Projek tersebut dilaksanakan secara tender terbuka dan merupakan projek milik Kementerian Kemajuan Desa  dan Wilayah  (KKDW) manakala  Jabatan Kerja Raya merupakan agensi pelaksana projek.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD