
KUALA LUMPUR, 7 April – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 31 Mac, 2026 berjumlah AS$126.6 bilion, susut berbanding AS$128.1 bilion pada 13 Mac, 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- Paras rizab memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan.
- Rizab mencukupi untuk 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
- Komponen utama: rizab mata wang asing AS$110.8 bilion; rizab IMF AS$1.3 bilion; SDR AS$5.9 bilion.
- Emas berjumlah AS$6.4 bilion dan aset rizab lain AS$2.2 bilion.
“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
“Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$110.8 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$5.9 bilion.
Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$6.4 bilion dan AS$2.2 bilion.