Ringgit cecah 3.99 berbanding dolar AS

Ringgit mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun/foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Januari – Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul 2.27 petang hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ringgit mengukuh kepada paras paling kuat lebih tujuh tahun, mencapai sekitar 3.99 berbanding dolar AS.
  • Ahli ekonomi ramal ringgit diniagakan sekitar paras itu separuh pertama 2026, kemudian mengukuh ke 3.94 pada separuh kedua.
  • Pengukuhan didorong jangkaan pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan AS dan faktor yang melemahkan dolar AS.

Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Kali terakhir ringgit berada pada paras ini adalah pada 18 Jun, 2018 yang mencecah 3.9960/9990.

Sebelum ini, kalangan ahli ekonomi mengunjurkan ringgit diniagakan dalam julat itu pada separuh pertama 2026, sebelum seterusnya mengukuh ke arah 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Mereka berkata kemungkinan itu juga didorong oleh jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta isu lain yang bertumpuan AS dan akan terus melemahkan dolar AS.- BERNAMA

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan