Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 7 Januari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun prestasinya lemah di COMEX Amerika Syarikat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi walaupun prestasi lemah di COMEX AS.
  • Kontrak Januari hingga Mac 2026 mencatat kenaikan harga setiap auns troy.
  • Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 turut meningkat berbanding penutupan sebelumnya.
  • Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka meningkat ketara berbanding sesi sebelumnya.

Kontrak baharu bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada AS$4,474.0 setiap auns troy daripada AS$4,469.8 yang dicatatkan pada Selasa, Februari 2026 melonjak kepada AS$4,490.7 daripada AS$4,486.5, manakala Mac 2026 menokok kepada AS$4,508.7 daripada AS$4,503.2.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga menaik, berakhir pada AS$4,526.7 setiap auns troy berbanding AS$4,521.2 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 303 lot daripada 149 lot, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 344 kontrak berbanding 214 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association setakat 6 Jan 2026, emas fizikal berada pada AS$4,452.75 setiap auns troy. -BERNAMA