Malaysia kekal berdaya tahan, pelancongan stabil walaupun konflik global

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis/RTM

KUALA LUMPUR, 14 Mac -Meskipun konflik di Asia Barat menimbulkan ketidaktentuan global, Malaysia kekal kukuh menarik pelancong antarabangsa, dengan majoriti pelawat berasal daripada pasaran serantau seperti Singapura, Indonesia, Thailand, dan China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia dilihat sebagai destinasi stabil, selamat, dan menarik dari segi budaya, alam serta makanan.
  • Kedudukan negara kukuh untuk terus menarik pelancong antarabangsa walaupun wujud ketidakpastian geopolitik.
  • Strategi utama termasuk memperkukuh pasaran serantau dan memperbagaikan produk pelancongan.
  • Pemanfaatan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) menjadi asas kukuh bagi daya tahan sektor pelancongan.

Menurut Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis, Malaysia kekal dalam kedudukan baik untuk menarik pelancong antarabangsa.

“Bagi Malaysia dan Asia Tenggara, rantau ini masih dilihat sebagai destinasi yang stabil, selamat, dan menarik dari segi budaya, alam semula jadi, dan makanan.

“Oleh itu, walaupun konflik global boleh memberi kesan kepada industri pelancongan, Malaysia masih berada dalam kedudukan yang baik untuk terus menarik pelancong antarabangsa, khususnya daripada pasaran serantau dan Asia,” katanya kepada RTM.

Mengulas mengenai strategi dan peluang geostrategi, Uzaidi menekankan beberapa langkah penting bagi memastikan sektor pelancongan berdaya tahan, termasuk memperkukuh pasaran serantau, memperbagaikan produk pelancongan, dan menggunakan teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).

“Dengan kekuatan pasaran ASEAN, kepelbagaian produk pelancongan, dan pemanfaatan teknologi terutama kecerdasan buatan (AI), Malaysia mempunyai asas yang kukuh. Masih ada asas yang teguh untuk memastikan sektor pelancongan terus berdaya tahan walaupun dunia berdepan cabaran geopolitik,” katanya.