Khazanah hargai syor PAC perkukuh ekosistem lapangan terbang

Transformasi MAHB memerlukan pelaburan mampan, kecemerlangan operasi dan penambahbaikan berterusan

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Khazanah Nasional menghargai syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC berhubung Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta usaha memperkukuh ekosistem lapangan terbang negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Syor selaras objektif penswastaan MAHB untuk memperkukuh ketersambungan, pengalaman penumpang dan daya saing lapangan terbang negara.
  • Langkah MAHB dan pihak berkepentingan meningkatkan prestasi operasi, tadbir urus, pemantauan serta kualiti perkhidmatan di seluruh rangkaian.
  • Transformasi menuntut pelaburan mampan, kecemerlangan operasi dan penambahbaikan berterusan untuk menyokong perdagangan, pelaburan, pelancongan serta aktiviti perniagaan.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata syor berkenaan selaras objektif penswastaan MAHB, iaitu memperkukuh sektor penerbangan Malaysia menerusi peningkatan ketersambungan, pengalaman penumpang dan daya saing lapangan terbang negara.

“Sebahagian besar syor itu juga seiring dengan langkah yang telah dan sedang dilaksanakan MAHB bersama pihak berkepentingan bagi meningkatkan prestasi operasi, tadbir urus, pemantauan serta kualiti perkhidmatan di seluruh rangkaian lapangan terbang Malaysia.

“Transformasi MAHB memerlukan pelaburan mampan, kecemerlangan operasi dan penambahbaikan berterusan.

“Lapangan terbang yang lebih berdaya saing penting dalam menyokong perdagangan, pelaburan, pelancongan dan aktiviti perniagaan,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.