Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Foto fail

KUALA LUMPUR, 17 Mac -Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dianggarkan RM41.75 bilion (pasaran konvensional) dan RM15.49 bilion (dana Islam) dalam sistem perbankan.
  • BNM menjalankan tiga tender repo berbalik konvensional: RM2.0 bilion (7 hari), RM800 juta (31 hari), RM1.1 bilion (93 hari).
  • Pada 4 petang, tender semalaman konvensional sehingga RM45.7 bilion dan murabahah sehingga RM16.5 bilion akan dijalankan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM41.75 bilion dalam pasaran konvensional dan RM15.49 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada RM2.0 bilion untuk tujuh hari, RM800 juta untuk 31 hari dan RM1.1 bilion untuk 93 hari.

Ia akan turut menawarkan satu tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM500 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.7 bilion dan RM16.5 bilion dalam tender semalaman murabahah. – BERNAMA