Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan menerusi tender repo berbalik.
  • Lebihan mudah tunai konvensional berkurang kepada RM34.50 bilion.
  • Kecairan dana Islam menurun kepada RM20.30 bilion selepas tender murabahah.
  • Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 2.75 peratus setakat 4 Mac 2026.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM34.50 bilion daripada RM34.75 bilion pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam berkurangan kepada RM20.30 bilion berbanding RM23.50 bilion yang dicatatkan sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat itu mengeluarkan tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

Pada 4.00 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM34.50 bilion serta tender pasaran wang murabahah sebanyak RM20.30 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Setakat 4 Mac, 2026, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus. -BERNAMA