
KUALA LUMPUR, 11 Mac – Harga minyak dunia direkod turun naik ketara pada Selasa apabila pasaran bertindak balas terhadap perkembangan geopolitik yang berubah dengan pantas.
- Harga Brent sekitar AS$87.6 dan WTI sekitar AS$84.2, dengan turun naik mendadak termasuk penurunan AS$10 lalu kenaikan AS$11.
- Kebimbangan gangguan bekalan berkaitan konflik melibatkan Iran dan keselamatan Selat Hormuz, laluan penting bagi kira-kira satu perlima bekalan minyak global.
- Agensi Tenaga Antarabangsa mencadangkan pelepasan rizab terbesar dalam sejarah, melebihi 182 juta tong minyak, untuk menangani harga tinggi.
Sekali gus, menjadikannya antara sesi dagangan paling tidak menentu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Penanda aras antarabangsa Brent diniagakan hampir AS$87.6 setong selepas menyusut pada sesi awal dagangan.
Sementara itu, penanda aras Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) pula berlegar sekitar AS$84.2 setong, susulan pedagang menilai semula risiko bekalan.
Dalam tempoh dua jam, harga minyak merosot sebanyak AS$10 sebelum melonjak semula AS$11, menggambarkan tahap ketidaktentuan pasaran yang tinggi.
Ketidaktentuan itu berlaku selepas harga minyak melonjak melepasi AS$119 setong pada Isnin, susulan kebimbangan terhadap gangguan bekalan berkaitan konflik melibatkan Iran.
Ia juga dikaitkan dengan kebimbangan mengenai laluan perkapalan melalui Selat Hormuz, laluan penting bagi kira-kira satu perlima bekalan minyak global.
Dalam perkembangan berkaitan, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mencadangkan pelepasan rizab terbesar dalam sejarahnya untuk menangani harga yang tinggi susulan konflik di Asia Barat.
Cadangan itu dijangka melebihi 182 juta tong minyak yang dikeluarkan melalui dua pengeluaran pada tahun 2022, ketika ketegangan antara Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine.