DKK Industri Muzik 2026: Permohonan dibuka mulai hari ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Permohonan Program Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026 dengan peruntukan keseluruhan RM2.5 juta dibuka mulai hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkasakan pemuzik, artis, penulis lagu dan produksi tempatan bagi membangunkan projek berskala lebih besar untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
  • Lapan kategori dana disediakan termasuk kebolehpasaran mikro, inkubator ILMU, cipta karya, konsert, gig, festival, pemasaran antarabangsa dan domestik.
  • Tarikh tutup ditetapkan berperingkat mengikut kategori antara 14 Ogos hingga 31 Disember.

MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCreative) memaklumkan, dana itu bertujuan membantu pemuzik, artis, penulis lagu dan entiti produksi muzik tempatan membangunkan projek berskala lebih besar untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

“Sebanyak lapan kategori ditawarkan termasuk Dana Kebolehpasaran: Muzik Mikro, Dana Kebolehpasaran: Inkubator Lestari Muzik (ILMU) dan Dana Kebolehpasaran: Cipta Karya.

“Selain itu, Dana Persembahan Muzik: Konsert Muzik, Dana Persembahan Muzik: Gig Muzik, Dana Persembahan Muzik: Festival Muzik, Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik,” menurut MyCreative.

Tarikh tutup permohonan ditetapkan secara berperingkat mengikut kategori, bermula 14 Ogos hingga 31 Disember ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi https://www.mycreative.com.my/grants.

Sejak diperkenalkan pada 2023, seramai 11,400 penggiat muzik tanah air telah menerima manfaat program berkenaan dengan peruntukan lebih RM45 juta.

Pelaksanaan DKK Industri Muzik 2026 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memperkasa industri kreatif dan merancakkan pembangunan ekonomi jingga negara.

Program itu turut menjadi antara inisiatif ekonomi kreatif strategik bagi memacu ekosistem muzik tempatan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.