fb fb fb fb fb

Zahid Hamidi ikut laluan belakang rumah elak bertembung dengan media

(Kawasan perumahan tempat kediaman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)

KAJANG, 22 November - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipercayai menggunakan kenderaan lain melalui laluan belakang rumahnya ketika meninggalkan kediamannya pagi ini untuk mengelak bertembung dengan media.

Petugas media RTM tiba di kawasan perumahannya sejak pukul 8.00 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan semasa pasca Pilihan Raya Umum ke-15 mengenai pembentukan kerajaan gabungan.

(Laluan utama memasuki ke kawasan perumahan Datuk Seri Zahid Hamidi)

Kemudian selepas lebih 4 jam berlalu pihak pengurusan perumahan di kediaman Zahid mengesahkan bahawa pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sudah lama keluar meninggalkan kediamannya melalui laluan belakang dan tidak melalui laluan utama pintu kawasan perumahan itu seperti hari kebiasaannya.

Difahamkan beliau kini dipercayai sedang menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut yang berlangsung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (PWTC).

Media Baharu