fb fb fb fb fb

Zahid dianugerah Doktor Kehormat oleh Shibaura Institute of Technology (SIT)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan oleh Shibaura Institute of Technology (SIT) / Foto RTM

TOKYO, 19 Februari - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan oleh Shibaura Institute of Technology (SIT) Tokyo, hari ini.

Ijazah disampaikan oleh Presiden SIT, Prof. Dr. Jun Yamada dalam satu majlis di pusat pengajian itu bersempena lawatan kerja tujuh hari beliau di Jepun.

Dr Jun Yanada berkata ijazah itu dianugerahkan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid atas sumbangan besar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu mengantarabangsakan universiti kedua-dua negara.

Sementara itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dalam ucapan berkata pengiktirafan tersebut merupakan motivasi buatnya dan seluruh pasukan di bawah Majlis TVET Negara (MTVET) agar berusaha lebih kuat dalam menjadikan program serta ekosistem TVET Malaysia lebih berkualiti dan berdaya saing.

"Pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan usaha ke arah memupuk profesional mahir yang boleh menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan negara dan pembangunan. pada masa ini.

"Kami aktif terlibat dalam pembangunan negara dasar TVET, dijadual dilancarkan pada Jun 2024.

"Dokumen komprehensif ini akan menjadi asas untuk membimbing program TVET di seluruh Malaysia ke arah penyediaan inisiatif pendidikan berkualiti tinggi yang sejajar dengan keperluan yang semakin berkembang dari pelbagai industri", katanya di sini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri menerima watikah pelantikan Presiden Pertubuhan Kemajuan Industri, Kerohanian dan Budaya (OISCA) Antarabangsa bagi cawangan Malaysia daripada Presiden OISCA, Ms Nakano Etsuko.

Ia berlangsung pada sesi perbincangan antara kedua-dua pihak di National Diet Building, Tokyo, pagi tadi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD