fb fb fb fb fb

YPIP beri sokongan kepada belia bangunkan negara

ISKANDAR PUTERI, 4 Jun- Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) sentiasa berusaha dan memberi sokongan kepada belia yang mengharumkan nama negara dalam bidang sukan, sosial, ekonomi dan pendidikan.

Pengerusi YPIP, Datuk Mohammad Khairi A. Malik berkata, antara yang menerima manfaat ialah pelari muda, Umar Usman, Pemenang Pingat Emas Sukan SEA Kemboja 2023 bagi acara olahraga 400 meter.

"Jadi kita harap anak-anak muda melihat sedara umar menjadi sebahagian lagi ikon anak muda untuk anak-anak muda sana bekerja kuat, sedara umar baru umur 20 tahun berjaya mengharumkan nama negara," katanya di sini.

Sementara itu bagi pelari 400 meter Umar Osman, beliau berterima kasih terhadap sumbangan yang diberikan selain ia menjadi pembakar semangat dalam meningkatkan prestasi bagi kejohanan akan datang.

"Kejohanan yang terdekat ialah Asea Track and Field di Bangkok pada Julai. Seterusnya Kejohanan Universiti Dunia dan insya Allah saya akan cuba buat yang terbaik di sana untuk layak secara merit dan kita ke Sukan Asea," katanya kepada pemberita semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Penghargaan kepada Pelari Muda Pemenang Pingat Emas Sukan SEA, Kemboja 2023 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad turut hadir ke majlis tersebut.

(Mohammad Khairi A. Malik)

Media Baharu