fb fb fb fb fb

UniMAP anjur pameran 'Japan Traditional Dolls'

ARAU, 4 Jun- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Pameran ‘Japan Traditional Dolls’ dianjurkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Kampus Pauh Putra bermula 2 hingga 30 Jun.

Pameran yang dibuka kepada orang ramai itu dianjurkan oleh Bahagian Galeri dan Muzium perpustakaan itu dengan kerjasama Pejabat Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang.

Pameran seni serta budaya Jepun itu turut meraikan kepelbagaian seni tradisional negara matahari terbit.

Antara yang dipamerkan adalah replika makanan tradisional utama Jepun seperti Sushi, Tempura, Bento, Soba, Oden, dan hidangan mewah seperti Cendawan Matsutake.

Selain itu, Hagoita ataupun Raket Hanetsuki (permainan tradisional Jepun) juga turut dipamerkan sepanjang pameran itu berlangsung.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor turut melawat pameran yang berlangsung.

(Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat pameran 'Japan Traditional Dolls')

Media Baharu