fb fb fb fb fb

YKPs komited bantu golongan memerlukan

KANGAR, 7 April- Yayasan Kebajikan Perlis (YKPs), sebuah pertubuhan bukan kerajaan terus komited menyalurkan pelbagai bantuan untuk golongan memerlukan khususnya di Perlis sempena Ramadan ini.

Ia selepas yayasan berkenaan meneruskan acara tahunan menerusi Majlis Iftar Kasih Yayasan Kebajikan Perlis bagi menyantuni 150 anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kalangan asnaf terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif YKPs, Affendi Rajini Khan berkata majlis itu bagi meraikan golongan tersebut supaya dapat bersama-sama merasai indahnya Ramadan dengan berbuka puasa di hotel selain menerima sumbangan duit raya untuk sambutan Aidilfitri nanti.

"Peluang berbuka puasa bersama-sama dan menerima duit raya hasi sumbangan pelbagai pihak ini pastinya memberikan keceriaan kepada penerima sempena Ramadan kali ini serta dalam persiapan menyambut Aidilfitri nanti,"katanya kepada pemberita di sini.


(Ia selepas yayasan berkenaan meneruskan acara tahunan menerusi Majlis Iftar Kasih
Yayasan Kebajikan Perlis bagi menyantuni 150 anak yatim dan OKU
dalam kalangan asnaf terpilih)

Media Baharu