fb fb fb fb fb

Yayasan Alumni MBM terima dana permulaan RM1 juta

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan dana permulaan sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM).

Menurut Anwar, dana berkenaan bertujuan menjaga kebajikan serta mengiktiraf jasa dan khidmat bekas tokoh belia.

"Saya luluskan dana permulaan RM1 juta bagi mengiktiraf jasa dan keringat tokoh-tokoh muda terdahulu", kata Anwar ketika merasmikan Jamuan Makan Malam dan Ramah Mesra Alumni MBM di Pusat Dagangan Dunia PWTC.

Anwar berkata bawah kepimpinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli Abdul Halim, terdapat kesediaan untuk berbincang dengan lebih teliti berhubung program kepada anak muda, yang sebahagiannya turut boleh dilaksanakan bersama badan-badan belia di negara ini.

Pada masa sama, beliau berharap pertubuhan belia di negara ini dapat menjalin kerjasama dan bergabung, untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada anak muda, khususnya aspek kenegaraan dan nilai-nilai murni yang menjadi semangat Malaysia MADANI, meskipun pada zaman kini yang menuntut transformasi digital dan perkembangan teknologi.

Selain itu, Perdana Menteri juga berharap kerjasama daripada jabatan dan kementerian lain bagi memberikan ruang dan kemudahan kepada mantan pemimpin belia, untuk terlibat dalam bidang seperti keusahawanan dan perniagaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD