fb fb fb fb fb

Yang di-Pertuan Agong bakal lakukan lawatan pertama ke Rusia Ogos ini

Foto FB Nur Jazlan Mohamed

MOSCOW, 28 Mei - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi pertama ke Rusia Ogos ini.

Perkara berkenaan dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Nur Jazlan Mohamed pada Selasa semasa pertemuan bersama Senator Kanan Rusia bagi Hal Ehwal Luar Grigory Karasin.

Nur Jazlan kini berada di Rusia bagi menghadiri Kongres Ekologi Antarabangsa Nevsky di St. Petersburg.

Beliau turut memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Fadillah Yusof, yang bertanggungjawab dalam bidang tenaga dan sumber air, juga bakal melawat Rusia pada akhir Jun ini.

Sementara itu, wakil dari 75 negara dan 13 organisasi antarabangsa mengambil bahagian dalam forum tersebut.

Forum membincangan kerjasama antara parlimen secara dua hala dan pembangunan hubungan antara wilayah.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN