YADIM seru masyarakat jauhi pemikiran melampau, urus perbezaan dengan adab

Foto hiasan / BERNAMA

PUTRAJAYA, 11 Ogos – Masyarakat dinasihatkan supaya menjauhi pemikiran melampau (Ghuluw) dan tidak wajar diungkap kepada kelompok yang tidak sehaluan dalam gagasan dan pemikiran politik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jauhi pemikiran melampau (Ghuluw) yang boleh mencetuskan perpecahan umat Islam.
  • Urus perbezaan agama, bangsa dan masa depan negara dengan ilmu, adab dan pertimbangan matang.
  • Jangan melabel perbezaan dasar sebagai ancaman tanpa asas atau bukti kukuh.
  • Hentikan serangan dan fitnah; tegur dengan ilmu, fakta dan beradab untuk memupuk ukhuwah.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru semua pihak supaya mengurus perbezaan pandangan mengenai agama, bangsa dan masa depan negara dengan ilmu, adab dan pertimbangan yang matang.

“Perbezaan pandangan tidak seharusnya dibawa sehingga meletakkan pihak yang berbeza dilihat sebagai ancaman kepada agama atau bangsa kerana pendekatan sedemikian boleh membawa kepada sikap Ghuluw yang berlebihan.

“Tidak semua perbezaan dasar dan pendekatan adalah ancaman kepada Islam serta sesuatu bangsa. Ia menjadi luar pemikiran rasional apabila mengaitkan kumpulan yang tidak senada membawa agenda penjajahan, menggadaikan akidah atau menghakis kedudukan Islam tanpa asas dan bukti yang kukuh,” jelas YADIM menerusi kenyataan.

YADIM berkata impak daripada nilai Ghuluw besar sehingga boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam.

“Semua pihak yang membawa suara agama supaya menghentikan budaya menyerang, menabur fitnah dan melampaui batas terhadap pihak yang berbeza pandangan.

“Pendekatan teguran melalui ilmu, berhujah dengan fakta dan beradab akan membina tamadun ukhwah umat,” jelas YADIM lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.