fb fb fb fb fb

Wisma Putra pantau insiden tanah runtuh di Papua New Guinea

Foto AFP

PUTRAJAYA, 24 Mei- Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby sedang memantau kejadian tanah runtuh yang berlaku di Wilayah Enga, Papua New Guinea, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Wisma Putra memaklumkan bahawa sebarang perkembangan terkini mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lebih lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby di talian +675-3251506 (waktu pejabat) atau +675-3252076 (selepas waktu pejabat)," menurutnya.

Terdahulu, stesen penyiaran awam Australia, ABC melaporkan lebih 100 orang dikhuatiri terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kaokalam di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, angka korban berkenaan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM