fb fb fb fb fb

Warga emas cedera, rumah didiami terbakar

(Foto JBPM Perlis)

ARAU, 7 Mei- Seorang wanita warga emas cedera setelah rumah didiaminya terbakar kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku berhampiran pasar lama di sini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.35 pagi.

"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau dengan lapan anggota terlibat dalam operasi pemadaman berkenaan diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd.Norfardly Marshar Mohd Sharip.

"Kebakaran memusnahkan 50 peratus ruang tamu.

"Mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Operasi tamat sepenuhnya pukul 9.16 pagi.

"Punca kejadan masih dalam siasatan," katanya.


(Foto JBPM Perlis)

Media Baharu