fb fb fb fb fb

Wanita tertekan pedal minyak, kereta langgar kedai serbaneka 24 jam

(Kereta yang dipandu seorang wanita yang tertekan pedal minyak sehingga melanggar sebuah 
kedai serbaneka 24 jam di persimpangan lampu isyarat Istana Mahkota, Kubang Kerian) 

KOTA BHARU, 20 Julai - Dua kakitangan sebuah kedai serbaneka 24 jam dan seorang pelanggan berdepan detik cemas selepas kedai berkenaan dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita yang tertekan pedal minyak di persimpangan lampu isyarat Istana Mahkota, Kubang Kerian, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal dijalankan di lokasi kemalangan mendapati kejadian berlaku pukul 9 pagi semasa wanita berusia 33 tahun yang meletakkan kenderaannya di hadapan kedai serbaneka tiba-tiba tertekan pedal minyak.

Tindakannya itu menyebabkan kereta bergerak ke hadapan sehingga terlanggar pintu utama kedai serta melanggar kaunter bayaran.


(Lokasi kedai serbaneka yang dirempuh sebuah kereta akibat pemandu wanita tertekan pedal minyak)

Ketika kejadian terdapat dua kakitangan kedai serbaneka dan seorang pelanggan.

Namun tiada sebarang kecederaan dialami mana-mana pihak.

Hasil siasatan mendapati punca kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu kereta sehingga terlanggar kedai terbabit.

Media Baharu