
SEMPORNA, 24 Januari – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan rentung dalam kebakaran melibatkan tujuh rumah setinggan di Kampung Perigi Semporna, Sabah, pagi tadi.
- Kebakaran melibatkan tujuh rumah setinggan di Kampung Perigi Semporna pagi tadi.
- Seorang wanita OKU penglihatan, Munairaya Baluan, 58, ditemukan rentung dalam bilik rumah pertama.
- BBP Semporna menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 11.12 pagi dan tiba dua minit kemudian.
- Operasi pemadaman tamat pukul 2.04 petang dengan bantuan RELA, PDRM, Jabatan Air dan Sabah Electricity.
Mangsa, Munairaya Baluan, 58, ditemukan dalam ruang bilik rumah pertama dipercayai terbakar.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 11.12 pagi.
“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian dan melakukan operasi pemadaman api menggunakan sumber air daripada jentera.
“Operasi turut dibantu anggota RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia), PDRM (Polis Diraja Malaysia), Jabatan Air Dan Sabah Electricity.
“Operasi berkenaan tamat pada pukul 2.04 petang,” katanya menerusi kenyataan.