fb fb fb fb fb

Wanita bekal air ketum kepada penagih air ketum ditahan polis

ARAU, 4 Jun- Seorang wanita berusia 40 tahun ditahan dalam serbuan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Arau kira-kira pukul 4 petang, Khamis lalu.

Wanita berkenaan ditahan di sebuah rumah di Kampung Baru kerana disyaki menjadi pembekal air ketum kepada penagih.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menemukan sebanyak 150 bungkusan plastik dan sembilan botol mengandungi air ketum di atas lantai tandas dekat dapur rumah tersebut.

(Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi/IPD Arau)

"Air ketum yang dirampas dianggarkan 59 liter bernilai RM690 dan kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Ketika ditahan, suspek mengaku bahawa bungkusan plastik dan botol berisi air ketum itu adalah miliknya untuk dijual beli di sekitar kawasan berkenaan dan kegiatan telah dilakukan sejak 6 bulan lalu.

Media Baharu