fb fb fb fb fb

RM5.034 bilion bagi pembangunan sekolah dan institusi pendidikan seluruh negara

(Ismail Sabri berucap pada majlis penutupan JAKM Edisi Terengganu hari ini)

KUALA TERENGGANU, 4 Jun- RM5.034 bilion diperuntuk bagi projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara bawah Rolling Plan Ke-2, Rancangan Malaysia Ke-12, tahun ini.

Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, terdapat 79 projek baharu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan RM914.79 juta.

"Daripada jumlah itu, 42 projek siap sepenuhnya, 18 projek di peringkat pembinaan dan 19 projek berstatus pra bina di Terengganu," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian majlis penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Edisi Terengganu, di sini hari ini.

(Penyampaian sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada 10 penerima)

Ismail Sabri juga berkata bagi projek naik taraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif, 26 projek diluluskan dalam tempoh 2017 hingga 2022 dengan kos RM60.93 juta.

Sebanyak 21 projek siap manakala baki sebanyak lima projek dalam peringkat pra bina.

Pada majlis penutupan JAKM berkenaan, turut disampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada 10 penerima.

Kementerian Pendidikan dilantik sebagai kementerian peneraju bagi JAKM edisi kali ini.

Media Baharu