fb fb fb fb fb

'Wang diselamatkan daripada penyeludup dipulangkan semula kepada rakyat' - Fahmi

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 17 Jun- Wang penjimatan daripada subsidi diesel yang ditarik daripada golongan 'maha kaya' dan penyeludup dipulangkan semula oleh kerajaan kepada rakyat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menerusi Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, wang yang diselamatkan itu dipulangkan dalam pelbagai cara antara melalui insiatif baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi mengenai jaminan kawalan harga barang makanan.

"Bagi syarikat, masih menikmati subsidi diesel dengan harga biasa melalui 'fleet cards'. Bagi individu, masih menikmati subsidi melalui bantuan tunai RM2,400 setahun," katanya.

Pagi tadi, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini.

Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta, menurut kenyataan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA