Waktu operasi Bazar Aidilfitri Dataran Senawang wajar diteliti semula

Foto Facebook Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 28 Januari – Waktu operasi Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang disaran supaya dikaji semula oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi memberi ruang kepada pengunjung dan peniaga menunaikan ibadah Tarawih.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan kaji semula waktu operasi bazar bagi memberi ruang penduduk tunaikan solat Tarawih tanpa tergesa-gesa.
  • Perubahan waktu dari 6 petang hingga 12 tengah malam perlu diteliti untuk kesesuaian suasana Ramadan.
  • Mudah bagi pengunjung dari luar negeri seperti Selangor dan Melaka jika waktu bazar disusun semula.
  • Langkah ini dianggap tidak menjejaskan suasana Ramadan dan patut dipertimbangkan oleh pihak berkuasa.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, lanjutan waktu operasi dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam wajar diteliti kerana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk beribadah terlebih dahulu sebelum mengunjungi bazar.

Jelas beliau, langkah itu juga dapat memudahkan pengunjung dari luar Negeri Sembilan, khususnya dari Selangor dan Melaka, yang ingin mengunjungi Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang.

“Kalau habis Tarawih dalam pukul 10.30 malam, tukar baju pukul 11, baru nak keluar balik. Jadi beri sedikit ruang. Ia tidak menjejaskan apa-apa dalam suasana Ramadan, jadi saya rasa elok perkara ini dikaji semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri di Seremban.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan