
JOHOR BAHRU, 7 April – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Kerjasama University of Canterbury (UC), New Zealand, melancarkan makmal satelit bersama, memfokuskan pengukuhan penyelidikan kecerdasan buatan dan teknologi imersif.
- Kerjasama memperkukuh penyelidikan kecerdasan buatan dan teknologi imersif.
- Beberapa galeri teknologi visual dinaik taraf dan sumbangan kandungan dipertingkatkan.
- Beberapa projek penyelidikan bersama akan dilaksanakan untuk mengembangkan aplikasi teknologi visual.
- Kerjasama dijangka menjadi pemangkin penerokaan bidang baharu dan memperkasa kesejahteraan masyarakat global.
Kerjasama bertujuan meningkatkan penerokaan ilmu bidang pengkomputeran, kecerdasan buatan serta realiti maya, selain memperkasa kesejahteraan masyarakat global.
Menurut Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Ts. Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, beberapa galeri teknologi visual turut dinaik taraf, selain sumbangan terhadap kandungan tersebut dipertingkatkan.
“Bidang ini kini menjadi fokus kepada kita dan ini adalah masanya untuk kita memperlihatkan kepada saya masyarakat bahawa kita memiliki teknologi visual yang sangat baik serta berpotensi digunakan dalam pelbagai sektor.
“Sehubungan itu, melalui kerjasama dengan University of Canterbury, kami akan melaksanakan beberapa projek penyelidikan bersama”, katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis pelancaran Makmal Satelit Universiti Teknologi Malaysia, UTM dengan kerjasama University of Canterbury (UC), New Zealand, di Skudai, Johor.
Kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin penerokaan pelbagai bidang baharu pada masa akan datang selari dengan perkembangan global.