fb fb fb fb fb

Usul gantung Ahli Parlimen Kota Bharu ditangguh

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah-Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 4 Disember - Usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selama enam bulan ditangguhkan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung perbahasan usul berkenaan.

“Namun demikian, selepas mendengar hujah daripada semua pihak dan menimbangkan keseluruhan pandangan yang dikemukakan, bagi pihak kerajaan saya memohon supaya usul ini ditangguhkan dan dibawa pada sesi akan datang,” katanya.

Usul berkenaan sebelum ini dibawa oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, susulan dakwaan Datuk Seri Takiyuddin mengenai satu kejadian membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Masjid Rusila, Marang, Terengganu yang dikaitkan dengan peristiwa Memali di Baling, Kedah pada 1985.

ASHRIQ FAHMY AHMAD