fb fb fb fb fb

Usaha mendiplomasikan rakyat terus diperkukuh, pastikan rakyat faham peranan Wisma Putra

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

PUTRAJAYA, 4 November- Usaha mendiplomasikan rakyat terus diperkukuh bagi memastikan rakyat memahami peranan serta kepentingan Wisma Putra dalam memartabatkan kepentingan negara di peringkat global.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu dapat memberi kefahaman berkaitan dasar-dasar luar negara sekali gus mendekatkan Wisma Putra kepada masyarakat umum.

"Kita perkenalkan dasar-dasar luar Malaysia dan dasar-dasar diplomasi Malaysia. AlhAmdulillah ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat pelbagai lapisan masyarakat termasuk kedutaan-kedutaan asing yang berada di Malaysia ini.

"Ini membuktikan bahawa dasar yang dibuat oleh kerajaan dan YAB Perdana Menteri meminta supaya dasar-dasar ini dapat kita terangkan kepada rakyat dan interaksi dengan rakyat.

"Dalam erti kata lain yang kita sebut sebagai merakyatkan dasar-dasar luar negara kepada rakyat supaya memahami dan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku dalam negara dan juga luar negara", katanya dalam Program Diplomasi Awam, Hari Wisma Putra 2023 di Putrajaya.

Jelasnya, Malaysia akan terus memperkenalkan dasar luarnya yang dilakukan secara diplomasi aktif bagi memastikan peranan serta kepentingan negara terus diiktiraf dipentas dunia.

ROSLINA BINTI DIN