REMBAU, 13 Oktober - Kunjungan kapal tentera dari China ke pelabuhan Pulau Pinang adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia adalah perkara biasa dalam hubungan diplomatik dua hala dan pelbagai hala.
Situasi juga sama seperti kapal perang dari Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan New Zealend yang berlabuh di Malaysia
"Jadi, ia juga bukan sesuatu yang menghairankan atau luar biasa kerana China merupakan rakan dagang terbesar negara selama 15 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Rembau, di sini.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata permohonan berhubung kunjungan delegasi China terbabit ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang juga telah dibuat secara rasmi kepada kementerian berkaitan.