Upacara penghormatan terakhir Ling Liong Sik diadakan Isnin Ini

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 4 AprilUpacara penghormatan terakhir bagi mendiang bekas Presiden MCA keenam, Tun Dr Ling Liong Sik, dijadualkan berlangsung Isnin ini di Pusat Xiao En.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jasad mendiang tiba di pusat berkenaan petang tadi untuk urusan persiapan dan penghormatan terakhir.
  • Dr Ling dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun.
  • Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, beliau figura penting dalam politik negara bersama MCA dan BN.
  • Beliau memegang jawatan Presiden MCA sejak 1986 dan melepaskan jawatan pada 2003.

Jasad mendiang yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu tiba di pusat berkenaan petang tadi bagi urusan persiapan dan penghormatan terakhir.

Terdahulu, Dr Ling dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun, pagi tadi.

Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, mendiang merupakan figura penting dalam landskap politik tanah air, khususnya bersama MCA dan Barisan Nasional (BN) sepanjang lebih dua dekad perkhidmatannya.

Mendiang memegang jawatan Presiden MCA pada 1986 sebelum melepaskan jawatan tersebut pada tahun 2003.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata bendera parti akan dikibarkan separuh tiang di semua premis MCA sebagai tanda penghormatan dan berkabung atas pemergian tokoh berkenaan.

Menurut Ka Siong, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengenang jasa serta pengorbanan besar mendiang sepanjang memimpin parti dan negara.