(Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun)
KOTA TINGGI, 12 Mei- Tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasanya, kelmarin dianggap sebagai hak badan professional itu.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, kerajaan terbuka menerima sebarang kritikal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan Malaysia Madani menekankan kepada aspek ketelusan dan akauntiabiliti dan semua pihak mempunyai hak bersuara.
"Kerajaan Madani adalah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita mesti terbuka menerima kritikal daripada rakyat atau badan professional.
"Bagi saya Kerajaan Madani mesti menjadi kerajaan yang bertanggungjawab yang menekankan kepada aspek transipirasi dan akauntibiliti," katanya.
Menurutnya, kerajaan Malaysia Madani akan terus menjunjung demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Parlimen Pengerang di Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Lebih 5,000 penduduk di sekitar parlimen pengerang hadir ke majlis tersebut.
(Datuk Seri Azalina Othman Said pada Majlis Rumah Terbuka
Aidil Fitri Parlimen Pengerang di Bandar Penawar, Kota Tinggi)